Saturday, October 22

Trip Bajet ke Langkawi (Part IV)

Finallyyy dah day 3.

DAY 3

Flight kitorang around 4.30 petang, tapi kena check out and pulangkan kereta dalam tengahari macam tu. So bangun pagi, kitorang breakfast dekat Nasi Dagang Pak Malau! Yang bestnya dekat sini nasi dia sedap and view dia memang cantikkk, tepi sawah padi. Fefeeling breakfast dekat kampung. Nah sis belanja gambar.
Iolls makan dengan lauk kari ayam. Sedap dia masya Allah takboleh nak cerita

Breakfast by the paddy field. Nikmat sangat!



Eh  hi lagi. Pinjam dinding rumah Pak Malau




Dah kenyang, ingatkan nak singgah pergi Makam Mahsuri sebab dekat sangat dengan kedai nasi dagang tu, tapi tak ingatla sebab apa so kitorang takjadi pergi. Lepastu round2 area langkawi, habiskan minyak kereta sampai taktau lagi dah nak pergi mana, kitorang pon balikla hotel. Check-out, bagi kunci kereta and then naik teksi pergi airport.


Nah sis belanja gambar dengan kereta sewa weolls sebab dekat entry part I dah janji nak tunjuk. Klasik kan

Alhamdulillah lastly selamat jugak sampai rumah. So itu je lah tips2 and info2 yang sis mampu share dekat uolls semua. Actually ada je tempat best yang kitorang tak sempat pergi kat sana macam nak mandi air terjun Telaga Tujuh, Pantai Tengah, and beberapa tempat makan yang best tapi disebabkan kesuntukan waktu, and kitorang pon tak plan bebetul sangat, so pergi je lah mana yang sempat tapi enjoy sangat!

TIPS: Rancanglah tempat-tempat yang korang nak pergi sebaiknya before pergi Langkawi. Jangan dah sampai Langkawi baruuu nak google cari tempat mana yang best. Jimat masa and boleh jalan banyak tempat.

Overall, total kos semua around RM 400- RM500 je seorang within these 3 days. Tapi nak laaaagi jimat, boleh cut cost dekat shopping hehe so dalam RM 300++ je sorang. Ok la tu kan. Kalau tak shopping pon tak best jugak. Saya pon student, so pahammm je la korang ni haha. Harapnya entry ni dapat membantu sikit hehe.



Ok dah, jom balik. Will come back here again one fine day Insya Allah

Thank youuu sudi baca dari part I till part IV. *hugs*. Entry ni untuk saya jugak, kot2 stress boleh baca balik kenangan manis kau dan aku (gitteww). OK babaiiii



Trip Bajet ke Langkawi (Part III)

DAY 2

Hari kedua ni, kitorang pergi island hopping (included dalam pakej). So pagi-pagi dari hotel tu, ada orang pick-up sampai la Jeti Kuah. So kitorang pergi Pulau Singa Besar, Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah and Eagle feeding (tapi tak feeding pon eagle tu sebab apa entah tak ingat). So island hopping ni habis dalam tengahari/petang macam tu.

TIPS: Jangan pergi Island Hopping masa musim hujan! Kalau tak jadi lah macam kitorang haha. Agak bahaya and tak dapat nak buat aktiviti sangat.

Tapi benda yang paling best ialah, back to nature. Walaupun jalan dari satu pulau ke pulau lain tu agak mencabar (sebab hujan, naik bot scaryyyy gila sebab ombak kuat), tapi dia punya view, dia punya sejuk, dia punya bau pokok-pokok, dia punya bunyi, Subhanallah, tenanggg sangat. Difficult path often leads to beautiful destination. Memang tak jumpa la kalau duduk KL tu. Nah sis belanja gambar sikit.



Yang kiri sekali tu sesat. Tiba-tiba masuk gambar sekali 

Hi Baa

Area Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting

Island hopping in this weather. True story. Langit memang gelap gila, bot tengah-tengah laut, ombak dengan angin kuat sangat. Alhamdulillah selamat jugak sampai darat.

Tadah hujan ke tu hahah

Breathtaking





Sejernih-jernih hati awak, jernih lagi air dekat pulau ni



Subhanallah

Oh. Hi

That clouds tho


Yeay sunburn!

Mata siapa power boleh nampak burung helang 
This pic was taken when we were on the boat. As u can see the other side of the place was raining heavily and we cant barely see what is in front of us. Pheww

Nature at its best


Sorryla gambar i banyak sangat hehe

TIPS: Masa island hopping MEMANG akan lapar! Masa island hopping memang tak ada orang jual makanan dekat tengah2 pulau tu. So, beli siap-siap before naik boat. Beli untuk sekadar alas perut jelah and beli air sekali.

Next, lepas island hopping, kebuluran sangat, pergi makan, balik hotel, kita shopping!!! So pergi la dekat tempat duty-free, lagi2 dekat Haji Ismail Group and kedai sekitar tu. Yang famous dekat langkawi ni biasanya orang shopping coklat, kacang, minyak gamat and adela jual baju-baju, keychain. Nasihat saya, shopping lah dengan bijak ye. Jangan nak ikut nafsu sangat haha.


Belanja gambar je mampu sorry guys



They got mini nutella also here omg

TIPS: Nak shopping pon ada tips ok. Rajin-rajin korang cuci-cuci mata dulu, lepastu compare harga dengan kedai depan, sebelah, kedai jiran. Ada barang tu sama je, tapi harga sangat berbeza! Lagi2 kalau nak beli banyak-banyak.

Dah shopping, next stop kitorang, Dataran Lang. Ha tempat ni memang famous, tempat orang selalu amik gambar dengan burung helang yang besar tu. Sambil2 tu amik angin petang sekali hehe. View memang subhanallah lawa sebab sebelah tu Jeti Kuah, so tepi laut je.


Hi awak yang dekat belakang tu, pandanglah kamera



Hi

Next stop, malam tu kitorang sambung shopping lagi sikit (hehehe) sebab ada orang kirim. So tolong menolong kan amalan mulia hehe. U can never say no when it comes to shopping hehe.
Lepastu balik hotel, siap2 packing barang nak balik esok

Ok habis dahhh day 2. Day 3 kita sambung next entry okay? Banyak kan entry cerita pergi Langkawi ni, sorry kalau bosan but I dont care pon hihi.