Hi. Sis sambung dari previous entry. This time sis belanja gambar banyak sikit lah sebab view cantik sangat. Selamat membaca :)
DAY 1
Dah sampai
hotel, kitorang terusss naik bilik nak tengok macam mana, sama ke tak macam
dalam gambar yang dia bagi. Alhamdulillah bilik ok sangat! Satu bilik tu ada 2
katil queen, aircond, toilet ada air panas, ada wifi, ada tempat iron baju.
Ruang bilik pon besar (takdela sempit), sejuk pon sejuk, bersih, ok la selesa.
Tapiii satu je kurang, takde TV hahaha. Takpela, berbaloi la tu dengan harga
dia.
Next,
kitorang terusss pergi first stop, Oriental Village Langkawi. Ni tempat
yang naik cable car semua tu. Sini ada banyakkk pakej, depends dekat korang nak
buat apa kat sini. And pakej dia berbeza-beza harga, range harga around RM 30++
till RM 50++. Saya tak ingat kitorang amik pakej yang mana satu haha. Yang
ingat kitorang naik Skycab (cable car), Skybridge, Dinasour park, Hemisphera
view lepastu apa lagi tak ingat. Yang penting, enjoy! View cantikkkk sangat,
fefeeling duduk oversea sebab sejuk. Nah belanja gambar je la eh.
|
Syaz, Baa, Izati & me |
|
View from the above |
|
Hi suzen |
|
Seketul Nadzirah |
|
Sis tak gayat pon ni. Sis berani |
|
Dia ajak selfie lol |
|
Take a deep breath and imagine youre here |
|
Tak, ni bukan gunung berapi. Ni kabus, pukul 12 lebih tengahari |
|
Sooo refreshing |
Lepastu
kitorang pergi Taman Buaya, tak jauh pon dari Oriental Village tu. Dekat
sini ada banyak show buaya, ikut timing dia pukul berapa. Masa kitorang datang
sempat tengok satu je show sebab dah nak tutup dah hahah.
|
Menternak lemak |
|
Ada berani?? |
Lepastu
singgah makan Laksa Power, dekat dengan Pantai Cenang. Waze je insya
allah ada. Dia kedai lori, tepi selekoh jalan, tepi pantai. Laksa dia memang
power! Tak kedekut ikan. Tapi ada je makanan lain jugak dekat sini. Bolehla
try!
|
Laksa power! |
|
Rojakssss |
Dah kenyang
perut, kitorang pergi Pantai Cenang. Time ni dah nak maghrib. So saja2 jalan
amik angin pantai. Dekat sini pon banyak aktiviti pantai mcm banana boat,
parasailing, tapi kitorang dah penat so layan je view and angin pantai.
|
Subhanallah |
|
Gigih nak tunjuk word dekat belakang tu |
Next stop,
pergi pasar malam! Actually masing-masing dah kepenatan nak berjalan
tapi disebabkan datang sini sebab nak jalan, so jalan la ape lagi. Dekat
langkawi ni, hari-hari ada pasar malam. Haa meriah tak meriah, cuma tempat je
lain-lain. Kitorang tau pon sebab orang pakej tu yang bagitau. Tapi tak ingat
dekat mana pasar malam tu haha (korang cariklah sendiri). Dah cari
makanan semua, baruuulah balik hotel balik. Sebab kalau balik hotel dulu
lepastu pergi pasar malam memang insya allah lah dah tak keluar bilik dah haha.
Prepare untuk day 2 pulak, island hopping!
Day 2 and day 3 iolls sambung next entry okay? Gambar banyak sangat nak share. Enjoyyy