Wednesday, October 3

la tahzan :)

assalamualaikum. hai semalam result final exam sem 1 keluar maka hmmm memang semua orang cuak la kan nak tengok masing masing punye result. ramai gilaa dapat 4 flat :0. saya? biarlah rahsia. Alhamdulillah, aku pon tak sangka boleh dapat macam ni. tak kesahlah berapa pon, yang penting target pak cik MARA tetapkan dah lepas. alhamdulillah :')

tapi ada je yang tak lepas, takpe takpe. jangan sedih sedih. baru sem 1, ada lagi 3 sem. mungkin ada hikmah Allah nak tunjuk. kalau kau dapat result tinggi tinggi, maybe lepas ni kau malas nak belajar. maybe lepas ni kau boleh dapat 4 flat teros, siapa tau? expect the unexpected. jangan rasa rendah diri, rasa diri tu tak pandai, kali ni mungkin takde rezeki. sem baru ni kite belajar betol betol, pulun semuaaa ilmu, struggle sepenuh hati, and last but not least, balik dekat Allah, tawakkal.


"dan setelah kamu membulatkan tekad, maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah"     (ali-Imran:159)


ada jugak yang lepas target tapi still tak bersyukur dengan keputusan sendiri. frust sebab takdapat 4 flat padahal result dah cukup bagus. bersyukurlah dengan apa yang dah dapat kalau nak dibandingkan dengan orang yang lagi rendah tu. Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk hamba hambaNya, jadi terima je lah apa yang Dia bagi.

"dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kepadanya. kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" (an-najm:39-41)


semoga masing masing tak lupa diri, perjalanan jaaaaoohhh lagi. ini baru starting point. good luck semua!
dont despair and never lose hope, because Allah is always by your side

. la takhof, wa la tahzan, innallah ha ma'ana :)