Friday, April 6

untungla..

long time no see. hee. haritu aku beli satu magazine, so ape kate kalau share di sini. pernah dengar tak kawan or sedare mare or akak abang adik or whatsoever said like this, 'untongla gaji dah masuk', or 'untongla dapat stret A's', or something like that. selalu kot. ouh aku pon lebih kurang je. jadi ape kate baca sampai habis and mula sedar and bersyukur dkt Dia. tanak bace pong takpew~




beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W? kalau dulu masa zaman Nabi Luth, kaumnye yang homoseksual (seks luar tabii), Allah azab teros lenyap dari muka bumi. tapi kita umat Nabi ni, Allah tunda dulu azabnya di muka bumi ni, siap bagi peluang semoga pengamal seksualiti songsang ini bertaubat..







beruntungkah kita umat Nabi Muhammad? dulu umat Nabi Nuh, majoritinya taknak beriman kepada Allah. lalu Allah tenggelamkan dunia dengan banjir besar. tapi sekarang kita umat Nabi, Allah bagi peluang untuk kita insaf dan perbaiki diri..


perkara biasa,
           Ali: Mat, jom solat. dah masuk waktu ni
           Mat: nak solat, solatlah. kau tak nampak aku busy ni?




beruntungkah kita umat Nabi Muhammad? kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam dan Hawa memakan buah terlarang, mereka terus teraib dan disingkir dari syurga. tapi sekarang, kerana kita ni umat baginda, Allah tak mengaibkan terus pada mereka yang membuat perkara yg dilarang dan ditegah. Allah bagi peluang utk bertaubat siap.









Beruntungkah kita di akhir zaman ini? sebenarnye lah kan, umat di akhir zaman ini adalah umat yg paling rugi, kalau tak betul betul mengikut cara Nabi dan mengabaikan perintah Allah. umat akhir zaman suka mengikut nafsu daripada mengawal nafsu. kite lettew. nauzubillah.







Beruntugkah kite umat akhir zaman? ya, kerana umat Nabi yang paling mudah meraih ganjaran pahala. satu kebaikan yang dilakukan, Allah beri ganjaran pahala 10 kali ganda. banyak tuu. kalau kutip satu sampah tepi jalan dapat 10 pahala, kutip banyak2 sampah? kirelah sendiri. oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk meraih kebaikan, amalan soleh, beribadah cara baginda dan ikut SEMUA perintah Allah.




ok, nangis sekarang. sobs. so, untung tak? tepuk dada tanye iman lah. tak dapek den nak nolong ea.
UNTONGLA~

No comments:

Post a Comment