Hi, rindu nak update post baru. Cuti sem berbaki lagi beberapa hari (less than a week) sebelum masuk sem 7, year 4. Tak ada cerita best sangat pon, tiba tiba je teringat cerita masa tengah oncall dekat Hosp Terendak haha. Taktau nak post apa so kita post je lah cerita pendek ni.
Satu malam yang sepi lagi tenang, my friends and I tengah busy jaga kaunter depan ED tu. Masa ni dah dalam pukul 11 lebih dah macam tu. ED pon dah lengang, tak ramai patient macam awal2 maghrib tadi. Lepastu datanglah 3 ketul lelaki remaja ni (umur dalam range 21 - 23 macamtu), diorang ni student dekat uni area2 luar Kem Terendak tu lah. Since Hosp Terendak ni yang paling dekat, so mereka pon datanglah ke ED sini. Niat asal diorang memang nak teman salah seorang dari kawan diorang ni datang hospital sebab kaki dia sakit, sebab ada jatuh somewhere. So takboleh nak jalan sangat thats why lah datang jugak hospital memalam.
Lepas dah clerk and dah dapat nombor giliran menunggu, diorang pon duduklah dekat waiting area, sementara tunggu doktor panggil. Memang time tu tak ramai patient lain pon dekat ED. Tengah2 tunggu tu, datang one of them yang sihat dekat kaunter kami.
Kawan sihat: Kak, (yes he called us kak. Sokayy) boleh tak kalau saya nak jumpa doktor jugak dekat dalam?
Mai (my friend) : Boleh, awak memang boleh jumpa doktor sekali kat dalam, bawak kawan awak ni sekali
Kawan sihat: Tak, maksud saya, saya sakit jugak. Nak jumpa doktor
Me : Okay. Meh sini IC. Sakit apa ye?
Kawan sihat: Nak mintak no telefon sekali pon boleh hehe. Sakit telinga
Me: Sejak bila sakit ni?
Kawan sihat: Adela dalam setahun. Tapi macam nak cek dengan doktor dekat dalam ni.
Me: (feeling weird. Sakit telinga? At this hour?) Dah setahun? Sebelum ni pernah pergi mana2 klinik tak?
Kawan sihat: Tak, ni baru first time la ni nak jumpa doktor
Me: Sakit macam mana tu ye? Telinga belah mana?
Kawan sihat: Entahlah, dia rasa macam berdengung-dengung sikit. Bila orang cakap dengar macam berdengung. Telinga belah kiri. (Sambil gelak2, pandang kawan dia yang tengah duduk)
Me: (Dalam hati: kau ni macam nak kena je ni. orang tanya bebetul, memain pulak. Mentang2 la nampak kitorang muda-muda je semua). So I asked Mai how we want to handle this guy,
Mai: OK, boleh. (Sambil isi clerking form). Duduk dulu, nanti tunggu doktor panggil.
Patient dah duduk,
Patient dah duduk,
Me: Mai, kalau aku, aku malas nak layan orang macam ni. Ni ED kot
Mai: Takpe, biar je. Aku time kerja dengan ayah aku dekat klinik dulu ada je orang macam ni. Kau bagi je apa yang diorang nak. Biar doktor kat dalam yang handle.
Me : Orait
Memang kebetulan doktor oncall malam tu busy sangat, kena handle banyak kes. Kejap pergi lari naik wad, kejap lari pergi OT, kejap pergi ICU, kejap pergi labour room, kejap turun ED balik. Kebetulan banyak pulak patient yang dekat wad ada emergency malam tu. Yes, memang dekat Terendak, doktor yang oncall sorang je and he/she will handle whatever emergency cases throughout the night. Nurses dengan MA oncall memang ada je tapi apa-apa decision pon kena doktor yang buat. Sebab tu doktor2 ni suka bila kitorang ada sebab boleh tolong back-up diorang gitu haha.
To make the story short, sampaila turn 3 ketul ni kena panggil doktor. Mula-mula kawan dia yang sakit kaki tu, dah settle, lepastu sampaila turn yang sakit telinga ni. Before patient masuk, doktor ni baca clerking form yang kitorang isi tadi tu and he said this:
Doktor: Datang malam-malam sebab sakit telinga? One year ago? Call the patient to come in now (suara doktor dah bengang dah)
Patient masuk... (dah build rapport apa semua)
Doktor: Sakit apa ni?
Kawan sihat: Sakit telinga doktor (muka nervous)
Doktor: Dah berapa lama sakit?
Kawan sihat: Dalam setahun jugakla
Doktor: Baru-baru ni dia jadi makin teruk ke macam mana?
Kawan sihat: Tak doktor, dia kadang2 je. Kadang2 ok, kadang2 rasa macam telinga ni berdengung. Dia rasa macam tak selesa
Doktor: Awak dah sakit telinga setahun, baru pukul 12 malam ni (jam nak dekat pukul 12) awak datang kecemasan nak cakap awak sakit telinga? (Doktor bengang)
Kawan sihat: Tak doktor, tapi telinga saya ni kerap jadi macam ni.
Doktor: Kenapa tak datang siang-siang? (sambil keluarkan otoscope and check telinga patient)
Kawan sihat: Siang-siang saya busy ada kelas doktor, tak sempat nak pergi hospital
Doktor: Boleh je kalau awak kosongkan jadual, pergi jumpa doktor. Ni awak datang pukul 12 tengah malam, sebab sakit telinga yang dah setahun, awak tau tak saya ada banyak lagi orang tengah sakit tenat dekat atas tu.
Kawan sihat: Tapi memang mengganggu doktor, telinga saya ni
Doktor: Ada pernah datang klinik pakar? (Doktor malas nak dengar alasan)
Kawan sihat: Tak doktor.
Doktor: OK saya refer awak untuk datang klinik pakar ENT tarikh ni (tulis tarikh). Saya tengok telinga awak ok je, takde nampak apa2 pon. Tapi saya rasa awak patut jumpa doktor pakar, mana tau diorang discover benda lain dalam telinga awak. Saya check guna alat basic je, doktor pakar ada alat diorang yang lagi canggih. Since awak cakap kerap jadi, so saya refer terus pergi ENT
Kawan sihat: (Diam). Ok doktor. Terima kasih
Dengan muka redhanya dia keluar dari bilik doktor.Lepastu gelak-gelak jumpa kawan dia dekat luar. Seriously?
Mai told me: Kan aku cakap, kasi doktor je handle. Terus kena refer pergi jumpa pakar.
Moral of the story, nak datang kecemasan tu, biarlah betul-betul kes kecemasan dik. Bukan apa, kesian dekat doktor yang nak kena handle patient yang critical, nak handle awak lagi. Imagine, doktor terkejar-kejar kena buat CPR dekat patients yang hampir nazak, plus ada patient yang nak bersalin emergency pulak, lepastu patient dekat ICU tiba-tiba tak stabil pulak, lepastu awak datang cakap awak dah setahun sakit telinga dan tak pernah dapatkan rawatan dekat mana2 klinik dan awak datang di ED pada pukul 12 tengah malam? Tolonglah rasa bersalah. Kalau setakat batuk, selesema yang boleh tahan lagi tu, pergi klinik biasa pon dah ok je.
Tapi, marah-marah doktor tu pon, dia still check telinga patient ni jugak, still amik vital signs jugak, still arrange appointment dekat klinik pakar jugak. Takdela kena dengar doktor berleter je. Tabik spring dekat doktor.
May Allah bless each and every good deeds and their sacrifice for their own patient's good.
May Allah bless each and every good deeds and their sacrifice for their own patient's good.
OK itu je cerita pendeknya hehe. It is almost 3 am now and I should hit the sack. Esok nak kena bangun pagi amik brownies dekat rumah adira haha. Till next time, XOXO
Geng oncall malam tu. Mai yang comel pakai shawl hitam merah tu hihi |
No comments:
Post a Comment